Laporan Senario Temuduga Untuk Projek I-Blood



Setelah temuramah dijalankan, kami dapat simpulkan bahawa sesetengah orang awam bukan tidak mahu atau takut untuk menderma darah. Mereka tidak mendapat maklumat tentang terdapatnya program menderma darah tersebut. Seperti En Naim, beliau pada mulanya berasa takut-takut dengan jarum dan menganggap menderma darah itu menyakitkan. Setelah mengetahui menderma darah adalah selamat dan seseorang penderma akan mendapat keistimewaan yang sangat menarik dari pihak hospital, beliau terus merubah fikiran akan menderma darah dalam masa terdekat.  Beliau juga telah sedar yang merderma darah adalah sangat penting untuk menyelamat nyawa orang lain. Jadi pihak yang bertanggungjawab seperti kerajaan dan NGO perlu mengadakan lebih banyak program derma darah dan promosi perlu lebih menyerlah bagi menarik minat orang awam untuk menderma darah.

0 comments:

Post a Comment